Thursday, August 27, 2009

Masakan Hakka



Masakan Hakka merupakan masakan khas bagi masyarakat Hakka. Masyarakat Hakka berasal daripada Guangdong dam Fujian di China. Komuniti Hakka di seluruh dunia termasuklah Hong Kong,Singapura, Indonesia dan juga Malaysia.

Lei Cha atau dikenali sebagai ‘Teh Tumbuk’ merupakan salah satu jenis masakan Hakka yang sangat popular di Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak. Lei Cha merupakan sejenis makanan daripada kacang tanah, biji wijen, dan pelbagai jenis herba lain yang ditumbuk bersama dan dicampurkan dengan teh serta dimakan bersama dengan masakan seperti sayur-sayuran, tauhu, ikan bilis serta acar lobak. Biasanya, masakan ini amat diminati oleh orang-orang tua kerana ia tidak berminyak dan baik untuk kesihatan.

Menurut Jong Chun Fa (orang Hakka yang berasal dari Papar), ‘orang Hakka mempunyai kebiasaan untuk memakan Lei Cha pada hari ketujuh semasa Tahun Baru Cina.’ Katanya semasa ditemu ramah di rumah kediamannya.

Selain itu, Poon Choi juga merupakan salah satu jenis masakan Hakka yang amat popular di Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak menjelang perayaan tertentu. Poon Choi merupakan gabungan pelbagai jenis lauk seperti daging, sayur, bebola ikan, cendawan, tauhu, udang dan sebagainya secara berlapis-lapis yang diletakkan pada satu panci yang besar untuk dihidangkan.Menurut adat orang Hakka, apabila Poon Choi dihidangkan, semua orang mesti menggunakan penyepit untuk mengambil makanan tersebut.

Menurut Kiung Choi Khiew (orang Hakka yang berasal dari Papar), ‘biasanya, orang Hakka hanya akan menghidangkan Poon Choi semasa perayaan tertentu, seperti Tahun Baru Cina, Perayaan Kuih Bulan (Festival Moon Cake) serta Duan Wu Jie (Festival Dumpling). Ini kerana penyediaan Poon Choi dapat menjimatkan masa dan merupakan hidangan yang amat sesuai untuk menjamu selera bagi tetamu yang hadir.’ Katanya semasa ditemu ramah di rumah kediamannya.

Posted by Chai Min Kian

No comments:

Post a Comment