Monday, August 17, 2009
(UMS)Pelajar yang tinggal di Kolej kediaman C sering menghadapi masalah persekitaran yang kotor. Tong sampah dipenuhi dengan sampah sarap sehingga tidak dapat menampung sampah yang begitu banyak.
Ini disebabkan tukang bersih tidak menjalankan kerja pembersihan selama dua minggu. Apabila pelajar melalui tempat tersebut, mereka akan menghidu bau yang busuk.
Walaupun terdapat pelajar yang cuba mengadu kes ini di Jabatan Hal Ehwal Pelajar, tetapi mereka tidak mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah ini.
Jika peristiwa ini berlarutan, maka kesihatan pelajar akan terjejas.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelajar mesti mempunyai tanggungjawab bersama untuk menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata terutamanya apabila tong sampah sudah dipenuhi dengan sampah sehingga sampah tersebut jatuh di merata tempat.
Posted by: Tiung Siew San
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment