Monday, August 17, 2009


Mikrofon Meletup Sebanyak Tiga Kali

(Universiti Malaysia Sabah) mengadakan Ninth Vice Chancellor Cup Debate Carnival dan telah memasuki English Category Final di bilik seminar pada pukul 2.00pm hingga 4.00pm.

Peserta-peserta yang terlibat semuanya merupakan pelajar dari Universiti Malaysia Sabah. Tema pada kali ini adalah “students voice, global ASPPIRATION.

Anjuran Debate kali ini adalah Exco Akademik dan Kepimpinan, Kolej Kediaman Anugerah Bestari dan kerjasama dengan HEP.

Tajuk yang dipilih untuk pertandingan debat ini adalah “The right to privacy is more important than the freedom of press’

Dari segi pengadilan, ia terdiri daripada tujuh pengadil termasuk empat pensyarah dan tiga pelajar datang untuk mengadil kedua-dua kumpulan peserta.

Dua kumpulan peserta memainkan perwatakan dari segi kumpulan penyokong kerajaan serta kumpulan pembangkang.

Semasa pertandingan baru bermula, tiba-tiba mikrofon meletup dan dengan kuat. Perkara ini telah berlaku sebanyak tiga kali.

Isi-isi yang diutarakan oleh peserta yang menyokong kerajaan adalah mengelakkan daripada isu-isu sensitif yang boleh menyentuh perkauman untuk mengelakkan pergaduhan sesama sendiri.

Manakala peserta pembangkang mengutarakan isi-isi seperti media harus memaparkan segala yang telah berlaku di sekelilingi kita. Kerana khalayak mempunyai kebebasan dan hak-hak untuk mengetahui apa yang telah berlaku di masyarakat kita.

Akhirnya juara pada kali ini adalah jatuh kepada peserta pembangkang dan keputusan ini telah diumunkan pada 13 ogos 2009.

Posted by: Tiung Siew San

No comments:

Post a Comment