Thursday, September 10, 2009

Bazar Ramadhan di Indah Permai




Konsep bazaar Ramadhan merupakan cara yang terbaik bagi membantu para perniaga kecil-kecilan serta menambah pendapatan sepanjang bulan puasa. Ia juga merupakan salah satu usaha untuk menggalakkan para peniaga memperluaskan perniagaan yang berasaskan makanan.

Ini kerana aneka makanan sehinggalah penyediaan minuman dan kuih-muih yang dijual di setiap bazaar Ramadhan telah membuktikan bahawa peniaga kecil ini yang kebanyakannya terdiri daripada golongan Bumiputera yang sebenarnya berpotensi mengembangkan perniagaan mereka.

Saya telah melakukan tinjauan di bazaar Ramadhan Indah Permai pada hari khamis yang lepas dan saya telah mendapati bahawa ‘ikan panggang Cencaru’ sangat laris sampaikan pengunjungnya bukan setakat dari kawasan berdekatan, tetapi pengunjung dari tempat yang jauh juga sanggup datang membeli.

Bersambalkan asam pedas, Cencaru yang dipanggang menggunakan daun pisang pastinya menyelerakan untuk juadah berbuka puasa bersama keluarga. Selain daripada ikan panggang Cencaru, terdapat juga aneka makanan yang lain seperti nasi kerabu, nasi briyani, asam laksa, pelbagai lauk-pauk, puding, Tau Fu Fah, dan sebagainya.

Romzi, 32, dari Likas berkata bahawa dia tidak menyangka sambutan pengunjung di bazaar berkenaan begitu memberangsangkan. ‘Lebih menarik, banyak pilihan.’ Menurut kata Lok Kawi, 53, yang tinggal di Sepanggar.

Posted by Chai Min Kian

No comments:

Post a Comment