Thursday, August 27, 2009

Majlis Perasmian Penutupan Karnival Debat Piala Naib Canselor ke-9 Sesi 2008/2009

Kota Kinabalu, Sabah 14 Ogos – Majlis Perasmian Penutupan Karnival Debat Piala Naib Canselor ke-9 Sesi 2008/2009 telah diadakan di Dewan Resital yang bertempat di Universiti Malaysia Sabah pada 13 Ogos yang lalu. Aktiviti tersebut bermula tepat pada pukul 7 malam dan berakhir pada pukul 11 malam.

Majlis Perasmian Penutupan Karnival Debat Piala Naib Canselor pada kali ini bertemakan ‘H1N1……Keranamu Dunia Lebih Bermakna.’ Aktiviti ini juga merupakan aktiviti tahunan Universiti Malaysia Sabah di bawah anjuran Kolej Kediaman Anugarah Bestari (AB) dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Aktiviti ini dirangka bertujuan untuk melahirkan pendebat-pendebat yang mampu bertanding di peringkat antarabangsa, memupuk semangat kekitaan dalam kalangan pendebat, di samping meningkatkan daya keintelektuan dan daya komunikasi dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi.

Sebelum sesi pendebatan bermula, Profesor Datuk Dr. Kamaruzaman Bin Haji Ampon selaku Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah telah dijemput untuk memberikan ucapan alu-aluan sebelum merasmikan simbolik perasmian di Majlis Perasmian Penutupan tersebut.

Aktiviti pembuka tirai pada malam tersebut bermula dengan sesi pendebatan daripada 3 orang peserta dari Kolej Kediaman Anugerah Bestari (AB) selaku barisan pembangkang melawan dengn 3 orang peserta selaku barisan kerajaan daripda Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) dengan tema yang bertajuk ‘H1N1……Keranamu Dunia Lebih Bermakna.’

Suasana pada malam itu ceria dan hangat. Selain itu, terdapat juga sesi penyampaian anugerah kepada pemenang-pemenang dan para peserta dalam sesi pendebatan serta penyampaian cenderahati kepada para pengadil pada malam itu.

Apabila keputusan diumumkan pada malam itu, perwakilan kumpulan dari Kolej Kediaman Anugarah Bestari (AB) selaku barisan kerajaan telah berjaya memenangi Anugerah Pendebat Terbaik.

Selepas perunduran sesi pendebatan, penonton juga dihiburkan dengan persembahan silat daripada UMS-KAL serta tarian India daripada pelajar UMS. Sesungguhnya, program ini dapat melatih pelajar tentang pelaksanaan sesuatu program serta dapat melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berdaya saing.

Posted by Chai Min Kian

No comments:

Post a Comment