Tuesday, August 18, 2009

Pertandingan Taekwondo Sabah terbuka ke-36







Kota Kinabalu- Pertandingan Taekwondo Sabah Terbuka telah diadakan selama dua hari iaitu pada 15 dan 16 Ogos 2009 bertempat di Kompleks Sukan Likas. Lebih daripada 400peserta dari pelbagai daerah dan universiti seperti Kota Kinabalu, Tuaran, Putatan, Sandakan, Lahad Datu, Labuan, Kota Belud, Penjara, Menggatal, Keningau, Papar, Tawau, Kudat, Tenom, Beaufort, Penampang, UMS, UiTM Sabah dan MSY telah menyertai pertandingan tersebut.

Tujuan mengadakan pertandingan tersebut adalah untuk meningkatkan daya persaingan semua peserta dan mendapat pengalaman yang baru. Pertandingan tersebut dibahagi kepada dua kategori iaitu kategori remaja serta bakat dan terbuka.

Pertandingan Taekwondo Sabah Terbuka ke-36 dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Louis Rampas, Pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah. Dalam kategori remaja dan bakat, secara keseluruhan johan dimenangi oleh wakil dari Tuaran, tempat kedua dimenangi oleh wakil dari Lahad Datu dan tempat ketiga dimenangi oleh wakil dari Kota Kinabalu. Secara seluruhannya dalam kategori terbuka, johan dimenangi oleh UMS , tempat kedua ialah Kota Kinabalu dan tempat ketiga ialah Tuaran.

Posted by: Tan Shi Ai

2 comments:

  1. nak tanya dalam pertandingan sabah open tu,adakah syistem WTF yang digunapakai? kalau ye nak tanya lagi, taekwondo ums berdaftar dengan badan induk negeri sabah dan badan induk taekwondo malaysia(MTA) tak?

    ReplyDelete
  2. ya taekwondo sabah berdaftar dengan MTF Malaysia Taekwondo Federation dan taekwondo sabah juga mengunakan sistem wtf

    ReplyDelete