Tuesday, August 11, 2009















FESTIVAL FILEM MALAYSIA (FFM) KE-22
Kota Kinabalu, 8 Ogos – “Satu pasukan, satu tekad, satu tujuan, satu wawasan, menjayakan industri perfileman” merupakan matlamat bagi majlis ini. Majlis ini adalah majlis penyampaian anugerah filem terbesar di dunia yang dilancarkan di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (DC UMS) pada pukul 6 petang. Majlis ini telah menarik perhatian kira-kira 4000 orang penonton dan juga peserta.

Majlis ini terdiri daripada 2 bahagian, iaitu bahagian tentang karpet merah kemudian diikuti dengan penyampaian 23 anugerah di dalam dewan. Dalam bahagian karpet merah tersebut terdapat ramai artis dan juga menteri-menteri tempatan seperti Datuk Yusuf Haslam, Scha Ah Yahya, Mohd. Haziq, Jaclyn Victor, Rashidi Ishak, Aziz, Nadia dan juga Hariza yang diiringi oleh sorakan orang ramai.
Sebuah lagu “Sayang Kinabalu” beriringi dengan tarian tradisional yang menarik telah menunjukkan bahawa majlis penyampaian anugerah telah bermula. Antara 23 anugerah yang disampaikan, pelakon lelaki terbaik dimenangi oleh Afdlin Shauki dalam filem Papadom manakala pelakon wanita terbaik ialah Liyana Jasmay juga dimenangi oleh filem Papadom. Pengarah filem terbaik dimenangi oleh Yasmin Ahmad berdasarkan filemnya Talentime. Anugerah ini diterima oleh adik perempuannya. Malam ini ahli keluarganya telah menghadiri majlis ini. Adiknya menyampaikan ucapan bahawa kakaknya menerbitkan filem bukan demi menerima anugerah tetapi hanya ingin menghiburkan ibu bapa mereka. Filem terbaik pula dimenangi oleh filem Papadom.
Untuk mengingati seorang pengarah filem yang terbaik di Malaysia, iaitu Yasmin Ahmad yang baru-baru ini telah meninggalkan dunia. Majlis telah menyediakan satu bahagian khas yang menceritakan tentang pencapaian dan sumbangan beliau. Kemudian terdapat penyanyi Stacy menyampaikan lagu “Angel” dan juga Rey yang menyampaikan lagu “Pergi” sebagai tanda penghormatan dan mengingatkan.

Majlis tamat pada pukul 11 malam dengan nyanyian semua peserta di atas pentas. Harap semua orang boleh menghayati dan menghormati hasil peluh pengarah dengan menyokong kepada filem tempatan.

No comments:

Post a Comment