Wednesday, September 30, 2009



Keselamatan Di Asrama Tidak Terjamin

(Kota Kinabalu, Universiti Malaysia Sabah) Kira-kira pada jam tiga pagi, terdapat seorang pencuri lelaki telah mencerobohi asrama perempuan di Kolej Kediaman CD dengan memakai tudung Melayu.

Pencuri tersebut menutup semua lampu di luar bilik termasuk bilik air. Bilik air merupakan tempat kejadian yang pertama.

Pencuri dipercayai memanjat daripada siling di bilik air, dan melalui siling bilik air ke bilik asrama. Bilik asrama merupakan tempat kejadian kedua.

Kemudian, pencuri itu juga membuka siling bilik asrama. Selepas itu, pencuri itu dipercayai terjatuh semasa menurun dari siling. Dia terpijak barang-barang yang terdapat di atas meja tulis secara tidak sengaja dan menyebabkan barang-barang yang di atas meja terjatuh dengan kuat.

Pelajar-pelajar di bilik tersebut terbangun dari tidur apabila terdengar bunyi yang kuat. Pencuri takut diketahui oleh orang yang di dalam bilik tersebut , dan terus buka pintu dan cabut lari.

Nasib baik tidak berlaku sebarang kehilangan di bilik tersebut. Tetapi kes ini telah menakutkan pelajar-pelajar perempuan yang tinggal di asrama itu. Mereka berasa keselamatan mereka tidak terjamin walaupun tinggal di dalam kampus.

Sebenarnya di tingkat teratas, semua siling-siling dapat dibuka dengan mudah. Bilik yang dimasuki oleh pencuri adalah kerana terdapat lubang yang besar di atas dinding. Oleh itu, lebih memudahkan pencuri mengambil kesempatan.

Kes ini juga pernah berlaku sebelum ini. Pada masa itu, pencuri berjaya mencuri 3 buah komputer riba dari Kolej Kediaman CD. Oleh itu, disyaki bahawa kes kecurian pada kali ini juga melibatkan pencuri yang sama.

Berikutan kes ini, pihak Jakmas telah melakukan siasatan lanjut. Walau bagaimanapun, pencuri tersebut masih belum dikesan setakat ini. Jadi, diharap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin agar para pelajar di Kolej Kediaman CD dapat tinggal dalam keadaan yang aman dan selamat.




Posted by: Tiung Siew San

No comments:

Post a Comment