Tuesday, September 29, 2009

Perayaan Kuih Bulan





3 Oktober , 2009 adalah Perayaan Kuih Bulan bagi bangsa Cina. Menurut Kalendar Cina, hari tersebut merupakan perayaan tradisional Cina. Pada hari tersebut, masyarakat Cina akan menyambut bersama ahli keluarga mereka dengan menikmati kuih bulan, bermain teka-teki dan tanglung.

Dalam masyarakat Cina, mereka berharap agar keluarganya sebulat seakan bulan, iaitu setiap ahli keluarga dapat berkumpul bersama pada perayaan tersebut. Maka, Perayaan kuih Bulan juga boleh dikatakan sebagai hari keluarga bagi masyarakat Cina.

Menurut kalendar Cina, Perayaan Kuih Bulan akan disambut pada hari ke-15 bagi bulan ke-8 untuk setiap tahun. Waktu itu juga merupakan ekuinoks musim luruh. Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain daripada Hari Tahun Baru Cina.

Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, adunan biji teratai, kuning telur masin dan sebagainya. Menurut lagenda masyarakat Cina, kemunculan kuih bulan disebabkan oleh pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol pada zaman dahulu.


Posted by Chai Min Kian

No comments:

Post a Comment