Thursday, October 1, 2009

Doulos

Pameran Doulos telah diadakan selama 23 hari iaitu bermula dari 29 Ogos sehingga 20 September 2009 bertempat di Pelabuhan Kota Kinabalu. Sebenarnya, Doulos telah dibina pada tahun 1914, iaitu hanya 2 tahun lebih muda daripada Titanic. Ia dikendalikan oleh 350 orang pekerja sukarelawan yang mewakili lebih daripada 45 buah negara yang berlainan. Setakat ini, lebih daripada 21 juta orang daripada 104 buah negara telah mengunjungi kapal Doulos. Selain itu, Doulos juga merupakan tuan rumah kepada kedai buku terapung yang kedua besar di dunia dengan membawa setengah juta buah buku untuk dijual pada harga yang berpatutan. Selepas peninjauan dilakukan melalui pameran Doulos pada 18 September 2009, kami mendapati bahawa terdapat 6,000 tajuk buku yang dipamerkan melalui Doulos. Ia merangkumi pelbagai jenis buku dari segi bidang pendidikan, perniagaan, masakan, sukan, koleksi buku kanak-kanak dan sebagainya. Di samping itu,terdapat juga penjualan poskad, alat-alat tulis di kapal Doulos. Doulos terbuka kepada semua orang. Datanglah ke atas kapal Doulos untuk mengalami pelbagai budaya dan ketahui lebih lanjut mengenai Doulos. Kemasukan adalah percuma.

Posted by: Chia Min Kian

No comments:

Post a Comment